1. Apakah tujuan Dasar Pengurusan Tenaga UTeM?
 

Dasar ini bertujuan untuk menerangkan pengurusan tenaga di Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

   
2. Apakah tujuan Garis Panduan Pengurusan Tenaga UTeM?
 

Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan dan mengukuhkan kefahaman mengenai keperluan pemuliharaan tenaga, air dan bahan api kenderaan untuk mengurangkan kos operasi kepada staf, pelajar, pekerja bukan staf, dan pelawat UTeM.

   
3. Apakah objektif pengurusan tenaga UTeM?
 
  • Untuk mengurangkan jejak karbon melalui pengurusan tenaga, air dan bahan api kenderaan yang cekap.
  • Untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak tiga (3) peratus setahun bagi setiap satu meter persegi ruang bangunan mulai tahun 2015.
  • Untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak lapan belas (18) peratus pada Tahun Fiskal 2020 bagi setiap satu meter persegi ruang bangunan (dengan menggunakan Tahun Fiskal 2014 sebagai asas).
   
4. Apakah tarif elektrik UTeM?
 
  • Tarif C1: Perdagangan OPTR
  • Kegunaan Puncak OPTR RM0.365 bagi 1kWh
  • Kegunaan Luar Puncak OPTR RM0.292 bagi 1kWh
  • Kehendak maksima RM30.3 bg 1kW
   
5. Apakah yang difahami dengan cekap tenaga?
 

Cara penggunaan tenaga dengan jumlah yang sama atau kurang dan menghasilkan keputusan/output yang lebih baik. Penggunaan tenaga yang kurang untuk menyempurnakan kerja yang serupa atau menikmati keselesaan yang sama.

   
6. Apakah kepentingan penarafan EMGS 3 Bintang kepada UTeM?
 
  • Untuk mencapai goal ke-6 dalam Seven Strategic Goal UTeM iaitu smart & Dynamic campus
  • Untuk mencapai standard tertinggi dalam Pengurusan Tenaga iaitu penarafan EMGS 3 Bintang
   
7. Apakah pencapaian UTeM selepas 5 tahun menjalankan pengurusan tenaga?
 
  • Dapat jimat RM6.5 juta
  • Purata peratus penjimatan 18.7%
   
8. Apakah yang boleh dilakukan oleh anda bagi membudayakan “UTeM Bangkit Bersama Cekap Tenaga”?
 
  • Padamkan lampu, kipas, aircond, komputer, projector dan lain-lain peranti elektrik jika tidak digunakan
  • Menutup pintu dan tingkap bagi ruang berhawa dingin
  • Set suhu penghawa dingin 24C -26C.
  • Melaporkan kepada pihak pengurusan sekiranya terlihat ada pembaziran elektrik
   
9. Bagaimanakah cara meningkatkan kesedaran kepada pengguna elektrik supaya dapat mengunakannya secara cekap dan berhemah?
 
  • Tingkatkan kefahaman staf dan pelajar berkaitan polisi kecekapan tenaga
  • Libatkan semua staf dan pelajar dengan aktiviti kesedaran
  • Wujudkan Kelab Tenaga di kalangan pelajar
  • Komited dengan laporan ringkas berkala tentang aktiviti kecekapan tenaga
  • Libatkan media sebagai medium promosi, website FB dan lain-lain
  • Inovasi berkaitan kecekapan tenaga diwar-warkan ke luar
   
10. Apakah GGP?
 

GGP ialah Perolehan Hijau Kerajaan. Pembelian produk, perkhidmatan dan kerja di sektor awam yang mengambil kira kriteria alam sekitar untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, serta meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

   
11. Berikan contoh produk atau perkhidmatan GGP.
 
  1. Peralatan ICT;
  2. Cat
  3. Simen Gentian
  4. Lampu Dalaman Cekap Tenaga
  5. Kertas
  6. Tekstil
  7. Perabot
  8. Pencetak Serbaguna
  9. Sistem Penghawa Dingin
  10. Produk Pembungkusan Berasaskan Polimer Terbiodegradasi;
  11. Peralatan Cekap Air
  12. Sistem Penuaian Air Hujan
  13. Alat Tulis (Produk Berasaskan Kertas)
  14. Produk Berasaskan Getah
  15. Perkhidmatan Pembersihan
  16. Perkhidmatan Pusat Data Hijau
  17. Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti Bangunan
  18. Perkhidmatan Bengkel Automotif
  19. Perkhidmatan Percetakan Berasaskan Kertas
  20. Perkhidmatan Hotel, Penginapan dan Pusat Latihan.
  21. Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Penyaman Udara
  22. Sistem Ventilasi Mekanikal dan Penyaman Udara Termasuk Chiller
  23. Pam air berkuasa elektrik
  24. Enjin mesra alam untuk kenderaan berat
  25. Baja organik
  26. Keluli rata bersalut (Coated Flat Steel)
  27. Toner Cartrij
  28. Perkhidmatan Pengurusan Acara
  29. Perabot berasaskan keluli, besi dan plastik
  30. Batu bata
  31. Peralatan elektrik
  32. Lampu jalan
  33. Alat pemadam kebakaran mudah alih
  34. Perkhidmatan penyelenggaraan landskap
  35. Perkhidmatan pos dan penghantaran
  36. Perkhidmatan dobi dan pencucian pakaian
  37. Perkhidmatan penyediaan makanan, penyajian atau katering
  38. Pembelian atau sewaan kenderaan ringan
  39. Perkhidmatan kawalan serangga
  40. Tenaga solar
   
12. Apakah kepentingan GGP?
 
  • Mewujudkan peluang inovasi dan meningkatkan daya saing syarikat tempatan.
  • Mewujudkan pasaran yang lebih besar dan baharu untuk penyelesaian kemampanan yang inovatif.
  • Salah satu bidang yang berpotensi untuk menggalakkan pelaburan dan meningkatkan keyakinan perniagaan di Malaysia
  • Untuk kelestarian alam sekitar
   
13. Siapakan Pengurus Tenaga UTeM?
 

Ts. Dr. Mohamad Fani bin Sulaima.

14. Bagaimana untuk mengetahui pengunaan tenaga dan bil elektrik PTj?
 
  • Penggunaan tenaga dan Bil elektrik PTj dapat diperolehi daripada KPKA onedrive folder
  • Sudut tenaga PTj
  • FB/Whatapps PTj