Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Posted by Kemasukan BPKP JPT - FB rasmi UPU on Monday, April 13, 2020


Kepada adik-adik lepasan SPM di luar sana yang masih mencari peluang belajar, kursus DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), sebuah Universiti Awam, sedia menawarkan peluang belajar yang eksklusif dan berdaya saing!! Masih banyak kekosongan yang tersedia.

Apa itu Kejuruteraan Pembuatan?
Kejuruteraan Pembuatan adalah satu cabang kejuruteraan profesional yang berkongsi banyak konsep dan idea dengan bidang kejuruteraan lain seperti kejuruteraan mekanikal, kimia, elektrik dan industri. Kejuruteraan pembuatan memerlukan kebolehan untuk merancang amalan pembuatan; untuk penyelidikan dan untuk membangunkan alat, proses, mesin dan peralatan; dan untuk mengintegrasikan kemudahan dan sistem dalam menghasilkan produk berkualiti dengan perbelanjaan modal yang optimum.

Kerjaya dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan!!
Pelbagai peluang kerjaya menanti adik-adik terutamanya kerana Kejuruteraan Pembuatan adalah antara penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi negara. Adik-adik berpeluang untuk berkerjaya dalam bidang berkaitan Proses dan Pengeluaran, Kawalan Kualiti, Rekabentuk Produk, Automasi, Penyelenggaraan, Pemesinan Logam, serta menjadi usahawan dalam sektor-sektor pekerjaan seperti Automotif, Pengilangan, Oil and Gas, dan banyak lagi.

Kod kursus kami di UPU (https://upu.moe.gov.my):
UC4540001 : Diploma Kejuruteraan Pembuatan

Pilih kami sebagai PILIHAN PERTAMA destinasi pembelajaran anda!

JOM MASUK FKP UTeM - MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
PEMANGKIN REVOLUSI INDUSTRI PEMBUATAN NEGARA

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi kami FKP UTeM di talian 011-59599758 ataupun terus kepada pegawai promosi kami, Dr Fairul Azni Jafar, di talian 011-12121446 dan kami akan cuba membantu saudara-saudari sebaik mungkin.

WhatsApp-Image-2020-04-13-at-3.28.10-PM.jpeg

 


 Peluang belajar dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Industri di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)!!.

Apa itu Kejuruteraan Industri?
Kejuruteraan Industri adalah satu cabang kejuruteraan profesional yang memfokuskan kepada teknologi untuk meningkatkan produktiviti dan mewujudkan sistem yang cekap dengan mengoptimumkan sistem bersepadu pekerja, peralatan, bahan, maklumat, dan tenaga untuk membuat produk atau menyediakan perkhidmatan.

Kerjaya dalam bidang Kejuruteraan Industri!!
Quality Control Engineer, Business Systems Analyst, Human Resource Manager, Project Manager, Operations Manager, Management Consultant, Ergonomics/Human Factors Engineers, Facility Engineer, Logistic Engineer, Maintenance Executive, Entrepreneur dalam sektor-sektor pekerjaan seperti Industri Pembuatan, Oil and Gas, Construction, Telecommunication, Banking dan banyak lagi.

Kod kursus kami di UPU (https://upu.moe.gov.my):
UC6520001 : Sarjana Muda Kejuruteraan Industri Dengan Kepujian

Semoga panduan ini akan memudahkan saudara-saudari untuk memilih kami sebagai PILIHAN PERTAMA destinasi pembelajaran anda seterusnya.

JOM MASUK FKP UTeM
PEMANGKIN REVOLUSI INDUSTRI PEMBUATAN NEGARA

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi kami FKP UTeM di talian 011-59599758 ataupun terus kepada pegawai promosi kami, Fairul Azni Jafar, di talian 011-12121446 dan kami akan cuba membantu saudara-saudari sebaik mungkin.

WhatsApp-Image-2020-04-13-at-3.28.44-PM.jpeg

Terima kasih dan jumpa anda di puncak kejayaan!

Sila mohon di laman web rasmi UPU:
https://upu.moe.gov.my

UC4540001 : Diploma Kejuruteraan Pembuatan

UC6520001 : Sarjana Muda Kejuruteraan Industri Dengan Kepujian