tahniah_5bintang-01

 

Tahniah diucapkan kepada Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) di atas kejayaan menerima penarafan 5 BINTANG bagi laman web rasmi dalam penilaian oleh Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi (PPPK) UTeM untuk tahun 2019. 

Laman Web Rasmi FKP telah berjaya menduduki tempat ke 5 daripada 41 laman web Pusat Tanggungjawab (PTj) yang dipertandingkan dengan markah sebanyak 105.29 Markah. Lebih membanggakan apabila kedudukan tersebut telah diperbaiki dari 28 ke kedudukan 5 terbaik dalam kalangan PTj.

Result01

 

Result02

 

Fakulti turut mengucapkan terima kasih kepada JK ICT, JK PENERBITAN dan JK PROMOSI yang komited dalam membantu mencapai pengiktirafan ini.

Tahniah juga kepada PTj lain yang berjaya menerima penarafan 5 BINTANG. Tahniah!