karnival produk inovasi fkp

banner IDP 2019 yang baru

 

Sukacita dimaklumkan, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) UTeM akan mengadakan pertandingan Projek  Rekabentuk Bersepadu MTUN IDP Cup untuk pelajar tahun 3 yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Antara objektif pertandingan ini adalah sebagai satu platfom untuk pelajar-pelajar MTUN berinteraksi antara satu sama lain, memupuk semangat daya saing serta dapat mengukuhkan lagi keyakinan diri dan kemahiran komunikasi.

Justeru itu, pihak kami berbesar hati menjemput Y. Bhg. Dato'/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan ke pertandingan ini seperti  ketetapan  berikut:

Tarikh             :  12 Disember 2019 (Khamis)

Masa               :  8:30 pagi

Tempat           :  Ruang Legar Perpustakaan Laman Hikmah UTeM.

Untuk makluman tambahan, pertandingan ini turut disertai oleh beberapa pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), UTHM dan beberapa fakulti di UTeM. Setiap kumpulan pelajar akan dinilai oleh seorang panel penilai akademik dari luar fakulti dan seorang panel penilai dari industri. Selain itu, pertandingan ini juga diiringi oleh pelbagai aktiviti pelajar yang dianjurkan oleh pelajar Society of Manufacturing Engineers (SME), FKP. Sila layari Instagram SME FKP untuk maklumat lanjut.

Semoga kehadiran Y. Bhg. Dato'/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan ke pertandingan ini akan lebih menyemarakkan semangat para pelajar.